Kedai Homeopathy AzHaan BroThers Jualan Murah Produk

terutama wanita-wanita yang sedang berusaha mengecilkan punggung..

Disini saya himpunkan teknik, kaedah,petua dan tips serta cara menegcilkan punggung dengan cepat

Saya yakin anda pasti telah mencuba pelbagai kaedah bagi mengecilkan punggung yang besar dan menggelebeh

- paling susah bila nak duduk dan terpaksa buka zip bagi meredakn keadaan..hehe.. macam ramai je yang dah buat

- rasa tak selesa bila orang tengok dan tegur.. tambah-tambah bila lelaki tengok tak berkelip-kelip

Bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan boleh menjadi salah satu penghalang seseorang dalam meraih keyakinan dirinya. Tambahan  pula kemantapanpunggungnya itu sering menarik perhatian orang, terutama kaum lelaki. Malu, eh!!

Bagi anda yang memiliki punggung besar, jangan terburu-buru mahu melakukan cara yang tidak sihat seperti membuat pembedahan plastik , sedut lemak dan sebagainya.

Anda harus ingat, memiliki punggung besar adalah satu anugerah Tuhan yang wajar anda syukuri kerana tidak semua wanita  berpeluang untuk memilikinya.  Jika keadaan itu tetap membuatkan anda berasa tidak selesa, anda jangan susah hati kerana ada beberapa tips dan cara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Baik paha mahupun punggung yang besar atau lebar itu boleh dikecilkan dengan mudah, kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit.Bersenamlah secara teratur supaya lemak-lemak yang terdapat di punggung dapat dihapuskan dengan mudah.

Perut dah kempis. Lengan dah cantik. Peha dah kecil. Punggung pula terlalu besar.

Orang tengok pun terasa pelik :) Tak seimbang lah

Jadi, nak hilangkan rasa pelik orang mari kita lakukan senaman khas untuk membuang lemak di punggung.

Caranya begini..

Langkah 1 Langkah sisi

Buat posisi seperti gambar di atas. Bengkokkan lutut sedikit. Badan pula jatuh sedikit di hadapan.

Langkah kaki kiri ke sisi. Kembali kedudukan asal. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula. Kalau boleh lakukan langkah ini dengan sedikit laju. Buat selama 3 minit.

Langkah 2 Tendang belakang

Berlutut seperti posisi gambar di atas. Posisi kaki kiri adalah 90 darjah.

Tendang kaki kiri kita ke atas. Lakukan sebanyak 15 kali. Selepas itu lakukan pada kaki kanan pula.

Langkah 3 Lunge ke belakang

Berdiri tegak sambil meletakkan tangan di pinggang.

Langkah kaki kiri ke belakang. Kemudian turunkan badan kita sehingga peha kanan mendatar. Pastikan lutut kiri tidak mencecah lantai dan badan kita dalam keadaaan tegak. Kemudian bangun semula. Lakukan selama 3 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 4 Angkat Punggung

Baringkan diri kita dengan membengkokkan kaki seperti gambar di atas.

Angkat punggung kita ke atas setinggi yang boleh. Tahan dalam kiraan 3. Kemudian turunkan badan kita perlahan-lahan. Lakukan selama 3 minit.

Cara Kuruskan Badan

Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah.

Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak?

Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan.

Anda tahu paha anda besar jika seluar jeans yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.

Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat.

Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.

Seronok kalau dapat jadi begini!

1. Setkan minda untuk kurus

Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya.

Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet.

Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.

Pantau berat badan selalu

2. Pelajari ilmu tentang kalori

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja.

Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 1300 kcal.

Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

Jangan sampai obese begini baru nak mula diet

3. Makan dalam kuantiti yang kecil

Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam handbag jika perlu.

Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

Roti canai memang sedap. Tapi kalau nak kurus, masih lagi bernafsu nak makan?

4. Elakkan makan waktu malam

Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib.

Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan.

Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi.

Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

Jangan sampai jadi gemuk, diabetes pula

5. Elakkan makanan dan minuman bergula

Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau diabetes sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur.

Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik.

Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.

Katakan tidak pada teh tarik dan nasi lemak bungkus

6. Tukar kepada makanan yang rendah lemak

Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan?

Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak.

Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak.

Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?

Kalau bosan dengan epal dan anggur, makan pisang dan tembikai susu

7. Banyakkan makan buah

Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat.

Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Makan buah-buahan tempatan.

Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat.

Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

8. Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus.

Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus.

Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang.

Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah bukan?

Seronok bila beriadah bersama keluarga

9. Banyakkan berjalan (dan berjogging)

Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga.

Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar.

Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina.

Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan.

Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.

Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.

Bila malas, jangan sampai jadi begini lagi

10. Beri 100% komitmen pada tujuan asal Nak kurus

Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas.

Pokoknya, kena konsisten atau istiqamah dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.

Tidak guna kalau exercise seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan.

Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.

OOpppsss tunggu dulu ada lagi senamanan mengecilkan punggung

3 Cara Senaman Ringkas Kecilkan Punggung Dengan Cepat

1) Sandar Di Dinding

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Bersandar pada dinding, pastikan belakang kepala, badan dan punggung anda betul betul rapat pada dinding seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Luruskan kaki anda dan sedikit ke depan. Jarak posisi kaki anda lebih kurang 45cm dari dinding.

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Turunkan badan anda secara perlahan lahan seperti anda sedang duduk di atas kerusi. Pastikan kaki anda tidak bergerak dan tahan selama 30 saat.

Selepas itu kembali ke posisi asal dengan bersandar di dinding.

Ulangi proses ini selama 10 15 kali.

2) Menaiki Tangga

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Berdiri tegak di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri anda dan letak di anak tangga yang lebih tinggi dari kaki kanan anda. Sila lihat  gambar di atas.

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Naiki tanga dengan menggunakan kaki kiri anda sehingga kaki kanan anda sedikit terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal.

Kemudian tukar ke kaki sebelah kanan pula.

Ulangi proses ini sebanyak 20 kali.

3) Lunge

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Berdiri tegak sambil meletakkan kedua dua belah tangan di pinggang anda.

Cara Kecilkan Punggung Dengan Cepat Supaya Senang Pakai Jeans

Kaki kiri langkah ke depan dengan keadaan peha anda kelihatan mendatar. Pada masa yang sama, pastikan lutut kaki kanan tidak melebihi kaki kiri dan anda juga mestilah dalam posisi badan yang tegak.

Kemudian kembali ke posisi asal berdiri tegak.

Selesai kaki kiri, tukar kaki kanan pula.

Ulangi proses ini sebanyak 10 ke 15 kali.

NAK LAGI CEPAT JOM CUBA SAPU BENDA NI

Klik gambar di bawah

http://mudah.azhaan.com/wp-content/uploads/2014/06/IMG-20140712-WA00211.jpg

0 Response to "Kedai Homeopathy AzHaan BroThers Jualan Murah Produk "

Post a Comment